SEKADAR SIJIL BIASA #AkademiYoutuber oleh Yu. Shidee

 



SEKADAR SIJIL BIASA, TAPI... 


Bagi saya sijil-sijil ini bukan sekadar sijil biasa, tapi sekeping dedikasi yang di dalamnya terkandung keringat, titik peluh, usaha, pengorbanan, perjuangan. 


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana terus diberikan kesihatan yang baik, semangat yang terus konsisten serta harapan yang semakin menggunung. 


Terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri tercinta, Fatin Nor Afiqah binti Zainudin yang merupakan insan hebat serta tulang belakang yang kekal utuh. Terima kasih kepada anak-anak tersayang, Fathi Islam dan Razzan Islam yang kadang-kadang terpaksa korbankan masa untuk 'healing' bersama-sama.


Terima kasih kepada Akademi Youtuber, YM Cikgu Suffy, Yu. Zuly, Chekgu LK, Cikgu Eedarahim, Cikgu Nariza, Cikgu Saripah serta seluruh adik-beradik AYU. 


#AkademiYoutuber 

#NES2 

2 Comments

Previous Post Next Post