MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID TAHUN 6 SJK(C) BACHANG, MELAKA SESI 2022-2023

 


Alhamdulillah segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Dengan limpah dan rahmat-Nya, Majlis Khatam al-Quran Murid Tahun 6 Sesi 2022-2023 berjalan dengan lancar dan telah disempurnakan oleh tuan guru besar, Cik Siew Soh Yeng pada tanggal 16 Februari 2023 bertempat di Bilik Agama, SJK(C) Bachang, Melaka.



Jutaan terima kasih kepada Guru Besar dan barisan pentadbir atas segala sokongan yang telah diberikan serta sudi hadir menyempurnakan majlis. Murid Melayu tahun 6 hanyalah minoriti di SJK(C) Bachang. Walaupun sedemikian, perkara ini tidak menjadi halangan serta sentiasa mendapat perhatian serta sokongan padu daripada barisan pentadbir.



Perkara ini sekali gus membuktikan Malaysia sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada masyarakat yang berbilang agama, bangsa dan budaya. Jadikanlah keunikan ini sebagai satu keistimewaan untuk negara kita yang tercinta.


PAUTAN VIDEO PENUH:

https://www.youtube.com/watch?v=RbSwLg_DZAQ


www.cikgushidee.com

#SJKCBachang

#PembelajaranBermakna

Previous Post Next Post