MAJLIS KONVOKESYEN TAHUN 6 SJK (C) BACHANG, MELAKA - 14 Februari 2023

 


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya Tahun 6 SJKC Bachang, Melaka berjaya mengadakan Majlis Konvokesyen pada tahun ini.


Kecemerlangan dalam pencapaian akademik amat penting dalam menjamin misi dan visi negara terlaksana. Namun begitu, kemantapan peribadi dan keterampilan diri perlu diutamakan untuk melahirkan generasi pewaris yang berkualiti dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Oleh itu, usaha untuk mencapai kecemerlangan mestilah disulami dengan penerapan sahsiah dan budi bahasa yang mulia berteraskan agama dan nilai-nilai murni dalam segala aspek kehidupan.


Syabas dan tahniah kepada penerima-penerima anugerah sempena Majlis Konvokesyen Sesi 2022/2023. Semoga dengan anugerah yang diterima dijadikan perangsang untuk terus meningkat usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Selamat melangkah ke sekolah menengah.


PAUTAN VIDEO:

https://youtu.be/oNZjS4WGmwQ


Terima kasih 

www.cikgushidee.com 

Previous Post Next Post