MAJLIS DAMBAAN KASIH

Alhamdulillah 🤲🤲🤲

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, Majlis Dambaan Kasih berjaya dilaksanakan pada 2 Mac 2023.

Majlis ini diadakan bagi memohon kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki buat semua ahli keluarga serta perjalanan akad nikah serta walimatul urus Fatin Awani binti Zainudin bersama pasangannya Muhammad Khuzree bin Khosin berjalan lancar.


Majlis ini juga merupakan harapan dan impian kedua-dua ayahanda dan bonda mentua saya yang juga tuan rumah iaitu Encik Zainudin bin Ahmad serta Puan Habibah binti Idris.



Antara pengisian dalam majlis ini ialah solat Maghrib, Isyak dan hajat berjemaah serta bacaan yaasin, tahlil dan doa selamat. Majlis ini diakhiri dengan jamuan makan bersempena juga hari ulang tahun kelahiran bakal pengantin perempuan.



Moga majlis seumpama ini akan sentiasa dibudayakan pada masa akan datang. Amin...


www.cikgushidee.com 

Kg Lereh, Tg Kling,

Melaka Bandaraya Bersejarah

Previous Post Next Post