KURSUS PERTANIAN DIGITAL (SMART FARMING) SIRI 1/2024

 


KURSUS PERTANIAN DIGITAL (SMART FARMING) SIRI 1/2024

Ingin pelajari teknik terkini kaedah pertanian pintar? Sertai kami di Kursus Pertanian Digital (Smart Farming) siri 1/2024 anjuran Unit Unit Latihan Pasca Perkhidmatan - INTAN Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan REDtone Communications pada 5 Mac 2024 secara atas talian melalui platform Zoom.

Objektif kursus ini adalah untuk memperoleh pengetahuan mengenai amalan pertanian pintar dan lestari, pendedahan mengenai pengurusan tanaman, pemasaran dan peluang pembiayaan serta perkongsian mengenai usahawan tani pintar yang berjaya.

Terbuka kepada semua penjawat awam yang berminat. Segera mendaftar melalui laman web DTIMS INTAN atau melalui link berikut:

💡 Dtims (intan) BUKAN ePembelajaran tetapi Kursus Luar. Mohon Isi di LDP Kursus Luar KPM

Previous Post Next Post