TUAN HAJI AZMAN BIN ADNAN DILANTIK KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA YANG BAHARU

 


TUAN HAJI AZMAN BIN ADNAN DILANTIK KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA YANG BAHARU

Tuan Haji Azman bin Adnan telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu berkuat kuasa pada 20 Februari 2024.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Melayu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Kepimpinan dan Kepengetuaan daripada Universiti Malaya (UM), Tuan Haji Azman berpengalaman selama lebih 34 tahun dalam bidang pendidikan. 

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru, sebelum dilantik sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran, Penyelia Petang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri dan Pengetua sekolah. 

Tuan Haji Azman berpengalaman memimpin institusi pendidikan di pelbagai peringkat termasuk sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Johor. 

Pada peringkat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Tuan Haji Azman berpengalaman menjawat jawatan sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian sebelum dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah).

Semoga pengalaman luas Tuan Haji Azman di pelbagai peringkat dapat memacu pendidikan negara ke arah kecemerlangan. 

Previous Post Next Post