PAMERAN DENGGI PERINGKAT SEKOLAH
Pameran denggi peringkat sekolah ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid-murid, guru dan warga sekolah mengenai bahaya wabak denggi serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan penularan penyakit ini.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang pameran termasuklah pameran poster berkaitan denggi dan Aedes serta penerangan oleh pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah.
Program ini berjaya meningkatkan pengetahuan murid tentang bahaya denggi. Ramai murid menunjukkan minat yang tinggi dan aktif bertanya soalan.
#CikguShidee
#DidikTVKPM
#microsoftcertifiededucator
#GoogleCertifiedTrainer