🌙 Ucapan Hari Raya Aidiladha 1446H / 2025M
Daripada PIBG SK Tengkera Dua (SeTEKAD)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Sempena Hari Raya Aidiladha yang mulia ini, PIBG SeTEKAD merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga SK Tengkera Dua (SeTEKAD) — para guru, murid, staf sokongan, serta ibu bapa dan penjaga yang sentiasa menyokong usaha pendidikan anak-anak kita.
Hari Raya Aidiladha mengingatkan kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan kesatuan hati dalam menghadapi cabaran hidup.
Semoga semangat Aidiladha ini menyuburkan rasa ukhuwah, kasih sayang dan tolong-menolong antara kita semua, demi membina generasi cemerlang dunia dan akhirat.
🌸 Ikhlas daripada:
PIBG SeTEKAD
(SK Tengkera Dua, Melaka)
#PIBGSeTEKAD
#KeluargaSeTEKAD