ICBISS 2025
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Faculty of Business and Management, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, selaku penganjur, atas pengiktirafan melalui penyertaan saya dalam International Conference on Business, Innovation, STEM and Social Sciences (ICBISS 2025).
Seterusnya, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan kerjasama iaitu Taibah University, Saudi Arabia serta PERSADA Madinah yang bersama-sama menjayakan persidangan ini pada 9 hingga 10 September 2025 di Madinah al-Munawwarah.
Pengalaman ini amat berharga kerana telah memberi peluang untuk saya membentangkan kajian bertajuk “Usaha Meningkatkan Penguasaan Soalan Bahagian C Bahasa Melayu Ujian Akhir Sesi Akademik Menggunakan Teknik Enam Langkah”.
Semoga segala ilmu, perkongsian, dan jaringan kerjasama yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memperkukuh bidang pendidikan, inovasi, serta pembangunan ilmu pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih
----------------------------
✅Sertai;
📌TELEGRAM https://t.me/NES2AKADEMIYOUTUBER
📌FACEBOOK
https://www.facebook.com/share/g/18uAzE8D8T/
#CikguShidee
#DidikTVKPM
#microsoftcertifiededucator
#GoogleCertifiedTrainer
#dmdi
